Saturday, November 20, 2010

Aurora


Subhanallah.. Rupanya ini lah aurora yang disebut-sebut. Saya pernah mendengar namanya tetapi belum pernah mengenalinya dengan mendalam. Ketika mengunjungi sebuah kedai buku baru-baru ini, saya tertarik pada salah sebuah judul buku yang bertajuk "Northern Lights" atau nama melayu nya dipanggil sebagai Aurora.

Aurora merupakan fenomena cahaya terang yang dapat dilihat pada waktu malam, biasanya di kawasan kutub. Cahaya aurora terhasil dari apabila elektron (yang mempunyai tenaga dari 1-15keV) ini berlanggar dengan atom di ionosfera, lazimnya di latitud 80-150 km. Dari pemahaman saya, cahaya berwarna hijau atau coklat kemerahan akan terhasil apabila berlaku pembebasan oksigen namun ianya bergantung kepada jumlah tenaga yang di serap. Manakala cahaya berwarna biru akan terhasil sekiranya atom mendapatkan kembali elektron setelah ter-ion. 

Wednesday, November 17, 2010

'Road-bridge' yang tertinggi di dunia

 

'The Millau Bridge' merupakan jambatan tertinggi di dunia. Jambatan ini dibuka pada bulan Januari 2005, meliputi lembah Sungai Tarn iaitu sebuah ngarai lebar sejauh 2.5 km yang membahagi dua dataran tinggi di Massif Central. Sebahagian laluan dari Paris ke Barcelona membolehkan pengguna jalan raya melewati langit dan biasanya melalui kepulan awan.

Jambatan ini adalah link terakhir pada laluan A75 yang dapat menyediakan laluan pantas terus menerus dari Paris melalui Clermont-Ferrand ke Beziers. Ramai pelancong dan pengguna lebuh raya yang menuju ke selatan Perancis dan Sepanyol akan memilih laluan ini kerana lebih cepat serta sebahagian besar laluannya  iaitu sepanjang 340km adalah bebas tol. A75 ini merupakan projek pembangunan yang telah mempercepat serta mengurangkan kos perjalanan dari arah selatan Paris antara Clemont-Ferrand dan Beziers.