Saturday, November 20, 2010

Aurora


Subhanallah.. Rupanya ini lah aurora yang disebut-sebut. Saya pernah mendengar namanya tetapi belum pernah mengenalinya dengan mendalam. Ketika mengunjungi sebuah kedai buku baru-baru ini, saya tertarik pada salah sebuah judul buku yang bertajuk "Northern Lights" atau nama melayu nya dipanggil sebagai Aurora.

Aurora merupakan fenomena cahaya terang yang dapat dilihat pada waktu malam, biasanya di kawasan kutub. Cahaya aurora terhasil dari apabila elektron (yang mempunyai tenaga dari 1-15keV) ini berlanggar dengan atom di ionosfera, lazimnya di latitud 80-150 km. Dari pemahaman saya, cahaya berwarna hijau atau coklat kemerahan akan terhasil apabila berlaku pembebasan oksigen namun ianya bergantung kepada jumlah tenaga yang di serap. Manakala cahaya berwarna biru akan terhasil sekiranya atom mendapatkan kembali elektron setelah ter-ion. 





Oleh itu, tidak hairan lah apabila aurora telah disenaraikan antara "Seven Natural Wonders of the World" oleh Cable News Network (CNN). Subhanallah....

"Dan kalau engkau tanya mereka : siapakah yang mencipta langit dan bumi, dan menjadikan matahari dan bulan, nescaya mereka akan mengatakan 'Allah', jadi bagaimana pula kamu berputar dari kebenaran" [Al-Ankabut: 61]
Rujukan:





5) CNN

No comments:

Post a Comment