Wednesday, November 17, 2010

'Road-bridge' yang tertinggi di dunia

 

'The Millau Bridge' merupakan jambatan tertinggi di dunia. Jambatan ini dibuka pada bulan Januari 2005, meliputi lembah Sungai Tarn iaitu sebuah ngarai lebar sejauh 2.5 km yang membahagi dua dataran tinggi di Massif Central. Sebahagian laluan dari Paris ke Barcelona membolehkan pengguna jalan raya melewati langit dan biasanya melalui kepulan awan.

Jambatan ini adalah link terakhir pada laluan A75 yang dapat menyediakan laluan pantas terus menerus dari Paris melalui Clermont-Ferrand ke Beziers. Ramai pelancong dan pengguna lebuh raya yang menuju ke selatan Perancis dan Sepanyol akan memilih laluan ini kerana lebih cepat serta sebahagian besar laluannya  iaitu sepanjang 340km adalah bebas tol. A75 ini merupakan projek pembangunan yang telah mempercepat serta mengurangkan kos perjalanan dari arah selatan Paris antara Clemont-Ferrand dan Beziers.

'Millau Bridge' ini dibina 300 meter lebih tinggi dari Eiffel Tower.  Jambatan ini juga 'terapung' pada kedudukan 270 meter di atas lebah Tarn sepanjang 2.5 km, manakala tiang-tiang konkritnya menjulang tinggi mencecah kabus pagi. Pembinaannya bermula pada Disember 2001, menggunakan teknik inovasi terkini. Arkitek pembinaan ini iaitu Norman Foster (Lord Foster) berkata jambatannya ini direka khusus untuk menepati tema "delicacy of a butterfly". Tujuh dermaga yang kukuh dibina sepanjang lebuh raya dan dikukuhkan lagi dengan tiang yang cantik yang menyerupai seperti sarang labah-labah besi.


Masalah trafik di laluan antara Paris ke Sepanyol sepanjang kawasan lembah berhampiran pekan Millau merupakan sebab utama pembinaan jambatan ini. Keadaan bertambah buruk ketika cuti musim panas di mana jalan raya akan mengalami kesesakan yang teruk yang menguatkan azam kerajaan bagi meneruskan pembinaan ini. 

Pembinaan 'The Millau Bridge' ini menelan kos sebanyak €394 million dan tambahan sebanyak €20 million bagi plaza tol sepanjang 6 km. Syarikat pembinaan projek ini, Eiffage, diberi konsesi bagi mengumpul bayaran tol sehingga tahun 2080 iaitu selama 75 tahun. Jika konsesi tersebut menguntungkan, kerajaan Perancis akan mengambil alih kawalan ke atas jambatan ini pada tahun 2044. 


Subhanallah.. hebatnya akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-Nya.. Akal ini lah yang membezakan manusia dengan haiwan, yang meletakkan tanggungjawab khalifah di bahu manusia. Saya teringat pada satu kata-kata hikmah yang digantung di salah sebuah kompleks mahkamah baru-baru ini :

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.."

Segala urusan harian memerlukan kita membuat keputusan, tidak kira sama ada ia cuma sebuah keputusan yang mudah atau keputusan yang berisiko. Namun, dengan peningkatan kes pembuangan bayi, kes pembunuhan, kes penceraian, kes rogol dan lain-lain seolah-olah menggambarkan seperti ianya tindakan yang tidak menggunakan akal yang waras. Pujian diberikan kepada mereka yang menggunakan akal yang membawa kepada keimanan dan ketakwaan terhadap Allah s.w.t. manakala celaan pula ditujukan kepada mereka yang mengabaikan proses penggunaan akal tersebut menuju kebenaran dan keimanan.*
"Mereka berkata : Jika kami mendengar dan berfikir nescaya kami tidak akan tergolong bersama ahli neraka" [Al-Mulk:10]
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, perubahan malam dan siang serta kapal yang berlayar di lautan membawa perkara yang memberi faedah kepada manusia, dan apa yang diturunkan Allah s.w.t. dari langit dan air lalu dihidupkan dengannya buni yang gersang dan menyebarkan padanya setiap kehidupan, melalukan angin dan awan yang ditundukkan di antara langit dan bumi, itu semua merupakan tanda (kekuasaan Allah s.w.t.) bagi mereka yang berfikir" [Al-Baqarah: 164]
 Wallahu'alam..

Rujukan:

 * Artikel 'Kemuliaan akal menurut Islam'

 1) Millau Bridge 1

2) Millau Bridge 2

3) Millau Bridge 3

No comments:

Post a Comment